Posts

Insan Cemerlang

Perihal Buku Insan cemerlang tidak hanya diukur dengan pencapaian akademik malah juga melalui akhlak yang terpuji. Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika, dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayatinya kerana insan cemerlang ialah orang yang paling baik akhlaknya. Malah pencapaian akademik seseorang insan perlu bertunjangkan akhlak yang terpuji. Malahan akhlak terpuji ini perlulah meliputi hubungan insan dengan penciptanya iaitu Allah dan ibubapa. Justeru, insan yang cemerlang perlulah menjaga akhlak dan ibadahnya termasuk mampu mengawal akalnya untuk dimanfaatkan dengan cara yang hak. Sebagai pelajar, anda mempunyai kewajipan untuk belajar dan jika anda seorang ibu, bapa, guru, pekerja atau tidak bekerja sekalipun kita mempunyai tugas dan kewajipan di dunia ini untuk berusaha menjadi insan cemerlang. Buku ini tidak terhad kepada pelajar sahaja kerana iktibar yang saya kongsikan meliputi kepada hakikat kehidupan untuk men...